Maklumat Penanaman Begonia Bada Bing

BEGONIA BADA, BAYOU
begonia semperflorens

Kadar Percambahan Minima: 90%
Bentuk Biji Benih : Bersalut, Mentah

PEMBUNGAAN
Jangkamasa bagi tanaman untuk sedia berbunga: Hari Ke-28 hingga 35; 4 每 6 daun kelihatan

Jenis Pembungaan : Tanaman neutral masa siang 每 akan berbunga tidak kira jangkamasa siang.

Ciri-ciri Khusus Pembungaan: Keamatan cahaya akan mencetuskan pembungaan. Suhu yang panas akan menggalakkan pertumbuhan bunga.

KULTUR ANAK BENIH
Percambahan 每 Keadaan optimum bagi pertumbuhan anak benih yang bermula dari hari biji benih disemai sehingga pertumbuhan kotiledon. Anda boleh menjangkakan kemunculan radikel dalam 6 hingga 8 hari.

Penutup: Biji benih tidak perlu dilitupi.

Media: pH: 5.5 每 5.8,EC: <1.0

Cahaya: Cahaya adalah tidak perlu bagi percambahan. Jika anda meletakkannya dalam pondok, cahaya 10 每 100 f.c. (100 每 1000 lux) akan meningkatkan kadar percambahan dan mengurangkan regangan jika dibandingkan dengan percambahan biji benih dalam kegelapan.

Suhu: 72∼ 每 78∼F (22∼ 每 26∼C) siang dan malam dari hari pertama hingga ke-11.

Kelembapan: Tahap ketepuan (5), dari hari pertama hingga ke-11. Bermula dari hari-12, kurangkan kadar kelembapan ke basah (4), sehingga hari ke-15. Kemudian, selangkan kadar kelembapan di antara basah (4) dan lembap (3).

Kelembapan Udara: 100% sehingga hari ke-10.

Pengeringan Air: Pada hari ke-11, kurangkan kadar kelembapan udara ke 40%. Berikan pengudaraan mendatar untuk membantu mengeringkan media melalui evapotranspirasi. Ini akan membolehkan resapan oksigen yang lebih baik kepada akar.

Pembajaan: Kekalkan EC pada <1.0. Air fertigasi tidak boleh lebih dari EC 0.5.

Pembungaan 每 Keadaan yang optimum semasa jangkamasa vegetatif yangbermula dari kemunculan kotiledon adalah diperlukan bagi akar mencapai pinggiran sel; DAN menjadikan tanaman sedia untuk berbunga.

Media: pH: 5.5 每 5.8, EC: 1.25 每 1.5

Cahaya: Berikan 3,500 每 4,500 f.c. (12 每 20 jumlah molar atau 35,000 每 45,000 lux) untuk merangsangkan pembungaan. Cahaya bantuan dalam keadaan yang kurang cahaya pada 350 每 450 f.c. (35,000 每 45,000 lux) akan meningkatkan pertumbuhan akar dan pucuk.

Suhu: 68∼ 每 70∼F (20∼ 每 21∼C) malam dan siang.

Kelembapan: Selangkan kadar kelembapan di antara basah (4) dan lembap (3). Biarkan media mencapai kadar kelembapan (3) sebelum membasahkannya menjadi kadar (4). Beri perhatian kepada pertumbuhan alga yang lebih. Gunakan air R/O (Reverse Osmosis) yang akan mengurangkan pertumbuhan alga.

Pembajaan: Dalam keadaan cahaya yang tinggi, bubuh baja yang berdasarkan ammoniumbased (17-5- 17) pada kadar Nitrogen 50 每 100 ppm. Dalam keadaan cahaya yang rendah, bubuh baja yang berdasarkan kalsium (14-4-14 atau 14-2-14) pada kadar Nitrogen 50 每 100 ppm.

Growth regulator: Kawal pertumbuhan dengan cahaya, suhu, kelembapan dan kadar pembajaan.
Fungisid: Berhati-hati dengan pertumbuhan Botrytis dalam peringkat pertumbuhan anak benih. Jika perlu, gunakan fungisid mengikut arahan pada label.

PERTUMBUHAN SEHINGGA AKHIR
Sedia Untuk Pemindahan: 8 每 10 minggu dari dulang semaian dengan &288* lubang.
Pembungaan 每 Keadaan yang optimum semasa jangkamasa vegetatif yang bermula dari pemindahan adalah diperlukan bagi akar mencapai tepi bekas; AND menjadikan tanaman ini sedia untuk berbunga.

Media: pH: 5.5 每 5.8, EC: 1.5 每 1.75

Cahaya: Berikan cahaya 3,500 每 4,500 f.c. (12 每 20 jumlah molar atau 35,000 每 45,000 lux) bagi merangsangkan pembungaan. Cahaya bantuan dalam keadaan yang kurang cahaya pada 350 每 450 f.c. (35,000 每 45,000 lux) akan mempertingkatkan pertumbuhan pucuk dan akar.

Suhu: 68∼ 每 70∼F (20∼ 每 21∼C) pada waktu malam, 64∼ 每 67∼ (18∼ 每 19∼C) pada masa siang untuk 14 hari atau sehingga akar telah mencapai bahagian bawah bekas. Kemudian, suhu boleh dikurangkan ke 62∼ 每 65∼F (16∼ 每 18∼C) bagi siang dan malam.

Suhu Purata Harian: 67∼F (19∼C)

Kelembapan: Selangkan kadar kelembapan di antara kadar basah (4) dan sederhana (2). Pastikan tanah mencapai kadar kelembapan (3) sebelum membasahkannya menjadi kadar (4).

Kelembapan Udara : 40% - 70%. Berikan pengudaraan mendatar untuk membantu mengeringkan media melalui evapotranspirasi. Ini akan membolehkan resapan oksigen yang lebih baik kepada akar.

Pembajaan: Bubuh baja pada kadar Nitrogen 100 每 150 ppm. Dalam keadaan cahaya yang banyak, gunakan baja berdasarkan ammonium (17-5-17). Dalam keadaan cahaya yang kurang, gunakan baja berdasarkan kalsium (14-4-14). Dalam keadaan masa siang yang lama dan cahaya yang banyak, baja berdasarkan ammonium (20-10-20) adalah lebih bersesuaian. Elakkan dari kadar Ca dan Mg yang terlalu rendah kerana ini akan mengakibatkan pertumbuhan terbantut dengan daun yang kelihatan terbakar.

Growth Regulator: Anda disarankan untuk mengawal pertumbuhan melalui kelembapan, pembajaan dan suhu. Jika perlu, semburkan Cycocel (klormekuat klorida) 2 minggu selepas pemindahan pada kadar 500 每 1000 ppm. Juga memberi tindakbalas kepada campuran tangki B-Nine (daminozide), A-Rest (ancymidol), atau B-Nine/Cycocel.

Teknik Sebelum Penghantaran Untuk Meningkatkan Kualiti

Bila Rawatan Diberikan: 1 每 2 minggu sebelum penghantaran .

Pembajaan: Rendamkan dengan potasium nitrat pada kadar Nitrogen 100 ppm.

Penyakit Lazim : Botrytis; gunakan fungisid yang sesuai jika ianya diletakkan dalam keadaan yang kurang cahaya serta lembap.

Serangga Lazim : Aphids, Thrips

PENJADUALAN
Jumlah Masa Penanaman 'Bada* : 14 每 16 minggu bagi awal musim bunga; 12 每 13 minggu bagi lewat musim bunga.

Masa Penanaman Dalam Dulang &288*: 9 每 10 minggu bagi awal musim bunga; 8 每 9 minggu bagi lewat musim bunga.

Pemindahan Sehingga Akhir: Pek: 4 每 5 minggu

Tanaman 4§ : 5 每 6 minggu

Tanaman 6§ : 5 每 7 minggu bergantung kepada jumlah anak benih yang dipindahkan ke dalam pasu

Pasu Bergantung 10§ : 7 每 9 minggu

Jumlah Masa Penanaman &Bayou* : 14 每 16 minggu bagi awal musim bunga; 12 每 13 minggu bagi lewat musim bunga.

Masa Penanaman Dalam Dulang &288* : 9 每 10 minggu bagi awal musim bunga; 8 每 9 minggu bagi lewat musim bunga

Pemindahan Sehingga Akhir : Pek : 4 每 5 weeks

Tanaman 4§ : 5 每 6 minggu

Tanaman 6§ : 5 每 7 minggu bergantung kepada jumlah anak benih yang dipindahkan ke dalam pasu

KEGUNAAN PRODUK
Pek, pasu, bekas, tanaman secara besar-besaran, bedding, pasu bergantung

SPESIFIKASI TAMAN
Cahaya: Cahaya separa penuh hingga penuh
USDA Zon Ketabahan: 11
AHS Zone Kepanasan: 12 每 1

Ketinggian Dalam Taman &Bada* : 8 每 10 inci (20 每 25 cm)
Sebaran Dalam Taman: 6 每 8 inci (15 每 20 cm)

Ketinggian Dalam Taman &Bayou* : 14 每 16 inci (35 每 40 cm)
Sebaran Dalam Taman : 10 每 12 inci (25 每 30 cm)